Cabaran Seorang Pendidik

13 Februari 2013


First of all, rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada rakan-rakan seMalaysia yang menyambutnya beberapa hari lepas..  Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas..


Cabaran Seorang Pendidik.. Kenapa hari ni aku nak luahkan mengenai cabaran seorang pendidik?? Puncanya, aku terdengar panggilan hangit Hot.fm terhadap seorang guru pendidikan jasmani.. Pada aku, pelajar2 zaman sekarang sangat bertuah.. Kenapa?? Pada zaman aku dulu, kalau buat silap mesti kena rotan.  Tapi budak2 zaman sekarang, cikgu pula yang takut nak angkat tangan kat dorang.. Sebab takut parent report atau saman..

Pelajar ada banyak jenis perangai, dan adakalanya, ubat yang sesuai untuk digunakan bagi mengajar pelajar yang degil adalah dengan cara menghukum mereka.. Dan ada juga pelajar yang tidak perlu dihukum, tapi sekadar memberi nasihat  mereka dah paham apa kesalahan diorang.. Tapi tak ramai pelajar yang macam ni.. Yang ramai adalah pelajar yang tak paham bahasa kenapa mereka dihukum.. Balik rumah, pusing cite kat mak ayah, pastu esok ayah bw di balai polis dan report... Betul ke tindakan mereka??

Cikgu zaman sekarang pun memang ramai yang mempunyai isu masalah peribadi bawa ke sekolah.. Mangsa mereka adalah pelajar.. Ada pelajar yang dihukum keterlaluan sehingga menyebabkan cacat.. Ada pelajar yang diperkosa, dirogol, dan sebagainya.. Inilah cabaran terbesar kita, di mana kita perlu memilih tenaga pengajar yang betul untuk anak bangsa kita..

Pada pendapat aku, bukan semua orang boleh menjadi pendidik.. Seorang pendidik, dengan hanya kata2 dapat mengubah seorang manusia menjadi insan yang boleh bertanggungjawab terhadap dirinya, orang disekelilingnya, dan negara mereka sendiri... Hanya dengan kata-kata sahaja..!!

Setelah hampir 2 tahun aku mengajar, aku rasakan yang aku tidak layak sebagai pendidik.. Sebelum menjadi pensyarah, aku cuba untuk menjadi kaedah yang paling sesuai digunapakai di dalam bilik kuliah yang mana kaedah itu tidak membosankan pelajar dan akan menarikminat mereka untuk belajar bersama2.  Tapi aku rasa, kaedah aku itu gagal.. Jika terlalu banyak sangat kaedah 'studient oriented', pelajar akan besar kepala.. Tidak menghormati pensyarah.. Tidak takut dengan amaran pensyarah..


Aku tertanya-tanya sendirian, adakah cara atau kaedah yang paling sesuai digunakan pada pelajar zaman sekarang.. Mungkinkah didikan asas mengenai tingkahlaku dan adab semasa menuntut ilmu perlu diajar sejak dari kecil lagi (bermakna ianya akan menjadi tanggungjawab ibu bapa dulu sebelum diserahkan kepada guru-guru)..

Kepada ibu bapa,

Kami ingin menjadi "SUPER GRADE A+ TEACHER".. Benarkan kami untuk mendidik anak tuan/puan mengikut acuan kami sendiri.. Kami tidak mendidik mereka untuk menjadi insan yang tidak berguna, dan kami juga seperti tuan/puan juga, kami ingin melihat mereka berjaya dengan acuan kami sendiri.. Sekiranya ada kesalahan kami, tegurlah kami, kerana hak mendidik hakiki masih terletak di tangan ibu bapa, janganlah sewenang-wenangnya menghantar surat saman atau laporan polis tanpa usul cerita.. Lebih baik dengar dari dua-dua belah pihak daripada percaya bulat2 di sebalah pihak...

Terima kasih kerana melahirkan anak2 yang comel dan bijaksana yang mana kami dapat melihat mereka, dari zero to hero..


Ikhlas dari hati seorang pendidik.

Zaza Lee
Seri Kembangan, Selangor
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment