Backpacking Korea - Day 4 (Part 2)

Day 4 (13 Mei 2013)

Part 1:


Part 2:

Ok perjalanan diteruskan lagi.. Kali ni destinasi terakhir untuk hari ni iaitu Seogwipo.. Nak keluar dari Cheongjiyeon Falls ke bus stop terdekat korang kena naik teksi.. Nak jalan kaki boleh, lau korang stay seminggu dan xterkejar2 macam kitorang.. huhuhu...

Cheongjiyeon Falls -------> Bus Stop
(Taxi : 2200 won)


 Untuk yang tak tahu di mana Seogwipo dari Cheongjiyeon Falls ley rujuk peta ni : 

Eh xde plak kat dalam peta ni Cheongjiyeon nyer.. huhuhu.. 

Cheongjiyeon Falls Bus Stop -------->  Jungmun Tourist Center
(Bus : 1500 won)

Kul 3 petang : Pakcik driver tu baik sangat.. Ceh! Coz dia alert yang kami nak gi mana.. Bila dah sampai kat Jungmun Tourist Center, dia bagitahu tempatnya.. Jadi xde la terkontang-kanting nak turun kat mana kan.. Bangunan pertama yang kami nmpk adalah Botanical Garden.. Xmasuk dalam sebab dah petang.. So amek gambar je kat depan dia.. heheh.. Plannyer kami nak singgah Teddy Bear Museum..

Panas terik Taeyang.. Xboleh buka mata besar2.. huhu

Belakang ni adalah Ripley's Believe It or Not punya muzium.. 
Arrived!!!
Let's go.. Jangan lupa tiket dia (Entrance Fee : 8000 won)




Sape2 yang pernah tengok drama Goong (a.k.a Princess Hours) mesti kenal ngan gambar ni.. heheh..




Lama kami dok lepak kat Teddy Bear's Muzium ni.. Sbb letih sangat kot.. Kat bahagian luar muzium ni mmg sejuk mata memandang.. Plus ley nampak Lotte Hotel dari sini (Hotel ni glamour dalam drama My Girl)..

Lotte Hotel..
Keluar dari Teddy Bear's Muzium, kami jalan kaki je la ke Lotte Hotel ni.. Padahal kaki dah start sakit.. Singgah 7Eleven (Fuyooo.. ada juga di sini ok...) beli air mineral bukan 500ml dah.. Tapi 1.5liter terus.. Cuaca kat Jeju mmg panas.. Dah sama mcm Malaysia la plak.. 

Satu hari nanti bila aku dah kaya, pintu masuk tu akan welcoming aku masuk dalam.. Hari ni mungkin mampu brgambar je.. Tapi akan datang, aku nak menginap terus..





Next destination, Jungmun Beach!! Dari sini nak ke beach tu sila amek teksi ye.. 

Lotte Hotel ------> Jungmun Beach
(Taxi : 2200 won)


Ela dah ready buka kasut.. Mira, cepat!!

Not so many peoples..



Ni adalah ujian utk melihat kejernihan air laut dia.. heheh.. Memang jernih ok.. 
Lau korang perasan la, x ramai yang ada kat pantai.. Ada sebab sebenarnya..


PROHIBITED!!  Sebab di sana masih musim bunga dan air lautnya sejuk lagi.. Takut cramp masa dok syok berenang plak.. Lau sanggup dengan kesejukkan air dia pi la mandi.. Xde la sejuk macam ais.. Tahap kesejukkan macam korang minum air dalam peti ais tu.. Macam tu la.. heheh.. Dengan panas yang macam ni memang nikmat la mandi.. Kami nak mandi tapi xbawa baju spare.. Nak je berenang kat situ.. Akan datang.. InsyaAllah..

Jom balik Jeju City.. Jam pun dah kul 6 ptg.. Basuh dulu kaki yer.. Pakai kasut sangat.. Kan dah payah nak basuh kaki.. berpasir je...


Masa kat sini, kami ingat nak naik bus kat Jungmun je balik ke Jeju City tapi xtau nak naik kat mana.. Last2 amek taxi terus ke Seogwipo Bus Terminal.. Ingatkan dekat je.. Ceh! nasib baik taxi share 3 orang..

Jungmun Beach -------> Seogwipo Bus Terminal
(Taxi : 7800 won)

Sila download gambar ni lau xnampak prkataan yang ada kat bangunan tu..

Seogwipo Bus Terminal dari luar..
Gambar kat atas ni sebenarnya pemandangan dari bus stop yang kami kena tunggu utk je Jeju City.. Masuk dalam bangunan (dalam gambar yang ada kete merah) utk beli tiket.. Yang bestnyer, Ajumma yang jaul tiket tu siap bawa kami ke line lintas jalan sebb nak tunjuk kat mana nak kena tunggu bas.. Ajumma, kamsahamnida!!

Seogwipo Bus Terminal  -------> Jeju si Bus Terminal
(Fare : 3000 won / per person)

Kul 6.30 bus sampai.. Dalam bus memang tidur je.. Kaki sakit so time tu la nak rehatkan kaki.. Kami sampai kat Jeju City dalam kul 7.30 terus gi Guesthouse utk check in..

Kul 9.00 kami keluar.. Dalam sehari ni, kami sarapan kat Cafe Bene pun ngn kek.. Pastu makan Octopus utk lunch.. Kat Jeju City, malam2 mcm ni kebanyakkan kedai dah tutup da.. kami singgah farmasi dlu.. Beli gel utk sakit kaki.. pastu baru cari kedai makan..

Susah nak cari kedai makanan halal atau setidak2nya jual seafood.. Last2 jumpa satu kedai jual bubur nasi.. Mula2 tu kami check dlu takot ada jual bab*.. Tgk2 kebanyakkan seafood atau ayam je.. So confident boleh makan, terus la masuk.. Ape yang boleh aku katakan, masa kat Korea lau xikut travel agency yang muslim, keyakinan utk makann tu kena tinggi.. Bagi aku janji xmakan daging bab* xpe la.. Lagipun lau nak check satu2 cara masak semua tu, mmg mustahil la kan.. musafir.. hehehe.. (Seafood Porridge : 8000 won  Tea : 2500)

Sekian malam pertama kami di Jeju..

End of Part 2 for 13 May 2013

Love

Kwon Ela
Jeju City, Jeju Island
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment