Date of travel : 09 Januari 2021
BYE PENANG
Arggghh.. Malas bebenor nak sambung menulis.. Xde mood nak bercerita.. Tapi takpe, kita habiskan perjalanan Penang 2021 kita..
So pagi tu, lepas kami bersiap2 dan kemas sikit rumah tu utk kembali kpd keadaan asal.. Takot tak dapat balik duit deposit sbnrnya dan satu lagi, kita kalau boleh nak orang intepret kita sbg seorang yang kemas bukan pengotor..
Kami ke ROTI CANAI GEMAS ROAD untuk sarapan.. Serius mmg ramai orang.. Korang kene tunggu siap2 kat meja yang macam dah nak abis.. Biasanya, dorang akan blah kalau dah abis.. Xde nyer nak lepak lama2 sbb orang dah siap menunggu kt sebelah korang.. Makan pon cepat2 je..
Lepas makan, terus nak cari tempat mural yang viral tu.. Ada banyak tempat rupanya.. So kalau korang xlarat nak berjalan, better amek je beca.. Tempat mural ni namanya PENANG STREET ART..
Dari sini, kami berjalan kaki ke Starbuck yang pernah viral dulu.. Starbuck ni dekat JALAN GREEN HALL.. Dia guna bangunan lama. So bila masuk dlam ni mmg tenang je. Pertembungan zaman moden dan lama depan mata.. Dapat la merehatkan diri dengan minum kopi dan aircond.. Tu yang penting..
Lepas dah sejukkan diri, kami nak gerak ke LIM JETTY.. So kami amek grab je.. Tapi bila sampai sana, jalan nk ke hujung jetty tu dah tutup utk orang awam disebabkan covid.. So kami sambung balik berjalan2 kat PENANG ART STREET.
Selesai berjalan serba sikit kat sini, moh ler kita balik KL.. Sbnrnya dorang berdua tu nak shopping kat DESIGN VILLAGE OUTLET MALL.. So kami gerak awal je la.. Lagipon dalam kepala dok pikir yg Isnin ni dah PKP 2.0 balik.. Entah brapa lama boleh lepak mcm ni lagi..
ELA KWON
Penang, MALAYSIA