DOA ADALAH PENGHARAPAN

23.07.2020

Hi semua!!


Hikmah kejadian di sebalik doa. Sebelum aku pindah ke Port Dickson, aku dalam keadaan yang sangat rapuh jiwanya. Aku mudah menangis, hilang semangat utk bekerja, dan masa tu jiwa aku terasa kosong sekosong-kosongnya. Doa adalah harapan yang aku ada. Hari-hari aku berdoa pada Allah untuk berikan aku yang terbaik.

STORYLINE 1

Masa duduk dekat Sabak Bernam, aku akui aku jarang sangat balik KL. Semua kerana jarak yang jauh dan mengambil beberapa jam untuk sampai. Tambahannya pula, bila keluar dari Tol Jalan Duta, akan hadap jem plak tu. Sampai rumah, aku mesti letih gila. So keadaan yang macam tu membuatkan aku hilang keseronokan balik kampung. Dari balik seminggu sekali, lepas tu dua minggu sekali, lepas tu jadi sebulan sekali sampai end up aku balik beberapa bulan sekali je.

Untuk orang yang berkeluarga, mungkin hidup di Sabak Bernam tu okay je.. Nanti keluar je la KL sekali-sekala. Tapi aku ni sorang-sorang. Kalau mati dekat rumah pon takde orang tau. Aku bersyukur gila di kelilingi oleh rakan-rakan yang aku anggap keluarga sendiri, rakan-rakan yang terlalu dekat dalam jiwa aku. Tu la penguat semangat untuk aku mengharungi hari-hari yang penuh dengan kesedihan. 

So tahun lepas (2019) adalah tahun yang paling aku terasa sekali. Sampai aku consider untuk jumpa pakar jiwa. Sampaikan on the way nak pegi kerja pon aku boleh menangis. Masuk ofis aku terus pasang zikir-zikir penenang jiwa sbb kalau aku tak pasang, aku akan lebih teruk. Perangai aku pon mula berubah sikit-sikit. Mungkin orang tak perasan, tapi aku sebenarnya mula untuk menjauhkan diri dari kawan-kawan aku sendiri. Aku jadi cepat terasa untuk perkara yang kecil2. Aku buat kerja sorang2 walaupun kerja tu sebenarnya kena buat bersama2. Aku takde hati nak ajak dorang. Kalau nk datang, datang je.. Tak payah sampai nak kena panggil. Tu la hati aku masa tu.

Aku cuba untuk mohon pindah. Setelah sekian lama aku tak mohon. Cubaan kali pertama, GAGAL termasuklah rayuan. Ok xpe.. Paling teruk pon aku menangis je. Takde la sampai nak cederakan diri. Cubaan kali kedua, masih GAGAL. So aku buat rayuan. Ayat paling ringkas aku letak sbb masa tu aku dah start give up. "Saya mohon untuk berpindah ke Politeknik Port Dickson bagi menggantikan pensyarah bidang yang sama yang bakal berpencen".. Papppp! Aku terus tekan butang submit. Memang malas dah nak cakap banyak2. Karang ayat panjang2 pon, kalau orang tak nak bagi tetap tak lepas. So Alhamdulillah, rayuan kedua aku berjaya. Terima kasih Allah.

Sepanjang tempoh menunggu masa utk keputusan pindah, aku doa satu je dengan Allah, "Kalau tempat baru (Politeknik Port Dickson) menjadikan aku lebih baik, aku mohon untuk Kau permudahkan urusan aku, tetapi kalau tempat ini (Politeknik Sultan Idris Shah) yang terbaik untuk aku, aku mohon untuk Kau sembuhkan luka2 di hati aku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih baik".

Tuhan balas doa aku. Parent aku pon rasa happy sebab dorang cakap dorang dah tak perlu risaukan aku tiap kali aku balik ke tempat kerja aku. Sekarang ni, tiap2 minggu aku balik. Masa2 yang aku tinggal berjauhan dengan parent aku, aku ganti balik. Mungkin perkara baik yang Allah nak tunjukkan adalah untuk aku berbakti pada parent aku. Dia kembalikan anak perempuan yang selama ni jauh dari mereka ke pangkuan keluarga (InsyaAllah).

STORYLINE 2

Ni aku nak cerita pengalaman aku berdoa untuk kawan2 pula.. Bukan nak riak.. Just nak share story. 3 kawan aku nak sambung belajar. Aku percaya, selain doa2 yang kita titip, doa ibu bapa, doa orang2 di sekeliling kita juga penting. Aku doa untuk dorang dapat sambung belajar tu. Kalau itu terbaik utk diri mereka, untuk masa depan mereka. Alhamdulillah, makbul. Semua dapat sambung belajar. Aku pasti, bukan asbab doa aku yang dorang dapat tu. Mungkin kebetulan je.

Kawan sorang lagi ni pula (aku panggil dia Si A), memang bercita-cita nak ke Putrajaya. Katanya tu la hidup dia. Di kelilingi benda2 yang disukai. Aku penah hidup 9 tahun di Sabak Bernam, aku tahu betapa seksanya untuk budak bandar nak survive di Sabak Bernam. Aku doa utk dia. Kami sama2 usaha utk pindah ke Putrajaya. Pada mulanya, dia bagitau aku dapat. Nama aku ada dlm list yang berjaya, manakala dia pula takde. So aku stop berdoa utk diri sendiri. Aku fokus untuk dia.

Penah satu hari tu, aku tiba-tiba menangis masa maghrib memikirkan perjuangan ada sorang lagi kawan tak dapat ape yang dia nak. Masa tu, aku just doa, "Ya Allah, tolonglah Ya Allah, masukkan nama dia dalam list tu. Aku tak nak ke Putrajaya. Bagi nama dia je ke sana Ya Allah. Aku bahagia di sini". Ni cite betul, bukan tipu. Takkan nak tipu dengan nama Allah kan.. Hehehe.. Beberapa hari lepas tu, kawan aku yang memang ada kat Putrajaya whatsapp bagitau nama Si A dalam list tu. Aku tanya dari mana dia tahu. Dia cakap Si A tu yang bagitau dia sendiri. Tapi Si A xde plak bagitahu aku. Aku husnuzon. Mungkin dia takot nk bagitau.. Kalau tak jadi, nanti malu. Aku masih lagi berdoa utk dia walaupun aku bukan orang pertama yang tau. hahaha..

Hari Khamis, malam Jumaat, akhirnya Si A whatsapp aku minta aku doakan dia sbb nama dia dlam list berjaya ke Putrajaya. Dan semingu lepas tu, Alhamdulillah, dia dapat pindah ke sana. Aku happy sbb semua kawan2 aku dapat ape yang dia nak. Aku happy sbb Allah masih mendengar doa2 kami walaupun kami selalu lalai dengan perintah dia.

KESIMPULAN

Tetaplah berdoa. Cepat atau lambat, itu semua belakang cite. Yang penting, di kala kita dalam kesedihan, ingat Allah dulu. Dialah pengharapan kita. Tanpa pengharapan terhadap Allah hidup kita akan lebih kosong.










(P/S: Ni sis upload mana yang ada dalam Google Photos je.. Mana yang gambarnya takde janganlah kecik hati plak.. huhuhu..)

LOVE LETTER

Dear kawan2 yang ditinggalkan, pedih jiwa ini untuk meninggalkan rakan2 yang sama2 berjuang untuk hidup di Sabak Bernam. Aku doakan agar korang semua sentiasa bahagia di samping keluarga dan rakan2 baru yang bakal menggantikan diri yang hilang ini. Terima kasih sebab selama ini menjaga insan berjiwa kosong ini. Terima kasih sebab selalu menjadi pendengar dan kakak yang baik. Aku sayang korang. Aku harap kita takkan pernah jauh walaupun kita sebenarnya jauh. Untuk pencari2 jodoh, aku doakan yang terbaik dan semoga suatu hari nanti, Allah menemukan kita dengan insan yang boleh terima kita seadanya dan menyayangi kita lebih dari kita sayangkan dia.

~I LOVE YOU FROM THE BOTTOM OF MY HEART~

Love,

Kwon Ela
Port Dickson
MALAYSIA