Memories 01

24 Oktober 2014

~Memori 01~

Semasa awal era awal tahun 2000, telefon bimbit masih menjadi alat perhubungan yang mana hanya orang yang berkemampuan saje yang pakai. Medium kami untuk berhubung dengan keluarga di kampung hanyalah surat-menyurat yang mana bila cikgu ajar mengenai karangan surat rasmi dan surat tak rasmi, kami kena hasilkan surat. Practicallynya, aku pun buat juga surat untuk dihantar ke kampung halaman yang dirindui.. Sayang pula bile karangan baik punya ayat tapi xhantar ke penerimanya..

KOREA AKU KEMBALI!!

16 Oktober 2014

~ Im Coming Home ~

Seperti tajuk di atas, ye, memang aku akan ke Korea tahun depan.. Lau nak diikutkan ada 360 hari lagi utk terbang.. Tapi sbb dah terlebih excited semua lodging aku dah uruskan.. Tinggal lodging utk Busan je belum cari lagi. Tapi dah jumpa dah tempat yang sesuai..


Sekarang ni student dah abis kelas, tunggu exam je.. So senaman pagi aku adalah senaman jejari mencari lodging yang sesuai kat sana nanti..


Masa trip Korea 2013, aku ada sediakan sebuah diari khas utk aku catitkan perjalanan aku tu.. Byk lagi ruang kosong so aku pk utk trip Korea 2015 aku nak gunakan buku yang sama utk rujukan masa depan.. hehehe..

Jumpa lagi...

Love,

Kwon eLa

Selamat Tinggal DSK "A" Sesi Dis 2011 ~ Jun 2014

15 Oktober 2014

~Adios~

3 tahun yang lepas, aku baru je masuk kerja ni.. Semester pertama xde anak pa lagi (pa = penasihatan akademik). Masuk Sem baru yakni Sem Disember 2011, aku dapat la mereka2 ni.. Tanggungjawab aku adalah menasihati dan membantu mereka dari segi akademik mereka.. Pendaftaran kursus, peperiksaan, kehadiran dalam kuliah, dll.

Masa mula-mula dapat dorang, jumlahnya 29 orang.. Tapi Sem 1 sorang dah pindah ke Politeknik Port Dickson dan 2 orang lagi berhenti kerana masalah tertentu..

Pada hemat aku, sepanjang aku jaga budak2 ni, dorang sgt ok.. Jarang sekali dengar lecturer mengadu pasal dorang (ada tu memang ada tapi bukan selalu).. Dan dorang ni membuatkan aku banyak belajar tentang cara macam mana nak handle budak remaja seperti dorang..

Dear all,

I may not be perfect, i may not be as friendly as you wish, but to me, i am always thankful to Allah and even to all of you for always being a good students. Good luck in everything you do, in everywhere you are.. If we are fated to meet again in future, please remember me even in your glance.




From,

Miss A.